Monday 21 October 2013

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penampilan baru Wawa Zainal yang kini bertudung. Jelas beliau lebih tampak ayu jika bertudung.

Comel kan Wawa Zainal bertudung?
Mesti ramai peminat Wawa Zainal suka dengan perubahan beliau ini kan? Tapi apa yang mengejutkan apabila mendengar jawapan Wawa mengenai tudung apabila diajukan oleh seorang wartawan.

Menurut sumber, Wawa dengan terang-terangan mengakui bahawa dia sanggup untuk membuka tudungnya itu seandainya tawaran berlakon yang datang kepadanya itu memerlukan dia untuk tidak memakai tudung. 

Biar betul? Wallahualam....

Jika benar, Wawa sepatutnya lebih waras dalam menjawab soalan sebegini kerana ini adalah soal agama. memakai hijab itu adalah satu tuntutan agama Islam bagi kaum muslimah. tidak begitu?

Dari kenyataan Wawa ini, ramai menganggap adakah Wawa bermain-main dalam hal memakai tudung ini?

Apa pon terpulanglah kepada Wawa sendiri. Dosa masing-masing yang tanggung. Yang penting kita sesama Islam mestilah menasihati sesama insan dengan sebaiknya.

P/S : Mohon Wawa terus bertudung sebab Wawa lebih comel bertudung ;)  SHARE artikel ni kalau setuju.
Drop your comment :)
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati