Tuesday 22 October 2013


Janji pihak BlackBerry untuk segera melancarkan aplikasi BlackBerry Messenger ( BBM) yang telah tertunda bulan lalu akhirnya terlaksana hari ini. Pengguna Android boleh memuat turun aplikasi yang sebelum ini hanya terdapat pada Blackberry di Android Playstore.Aplikasi ini sebenarnya siap dilancarkan pada 21 September lalu. Namun , pada ketika itu khabar angin tentang BBM ini terlalu cepat tersebar. Lantaran itu, lebih dari sejuta pengguna di seluruh dunia memuat turun aplikasi tersebut. Akibatnya, server BlackBerry tidak dapat menampung permintaan pendaftaran yang sangat banyak pada satu masa sehingga aplikasi itu tak boleh digunakan . Hanya mereka yang menggunakan peranti Apple berasaskan sistem operasi IOS yang beruntung kerana boleh menggunakan aplikasi popular ini . Pengguna Android perlu menunggu , hingga ianya dilancarkan iaitu mulai hari ini.Bagi para pengguna Android yang sempat melakukan pendaftaran di www.bbm.com dan telah menerima nombor PIN , jika anda  memuat turun pada hari ini, anda terus boleh menggunakan BBM dengan normal. Namun , bagi yang belum sempat mendaftarkan BlackBerry ID , setelah memuat turun, anda akan di ajar bagaimana untuk mendaftar dan mendapatkan Blackberry ID anda. Kemudian anda harus menunggu sehingga anda di daftarkan dan layak untuk menggunakan aplikasi ini.

Pihak Blackberry terpaksa berbuat sedemikian oleh kerana permintaan yang terlalu tinggi di kalangan pengguna Android.
 Di dalam aplikasi BBM versi IOS ini , tidak semua fungsi BBM " asli " ​​tersedia. Fungsi asas , seperti bercakap melalui jalur pribadi (private message) mahupun dalam kumpulan, tetap tersedia. Demikian pula fungsi penghantaran fail gambar dan video. Namun fungsi BBM Voice seperti tersedia pada versi terbaru BBM di BlackBerry tidak ada . Begitu juga fungsi BBM Video yang tersedia di BlackBerry versi 10 belum disediakan. Selebihnya , BBM ini boleh digunakan dengan normal.

P/S : apa anda tunggu lagi? cepat download sekarang! kini semua org boleh jadi #TeamBBM :D

0 comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati