Thursday, 31 October 2013



Ramai di antara kita yang mempunyai masalah kesuntukan masa untuk mengecas iPhone anda sepenuhnya, tambahan pula iPhone memerlukan masa yang lama untuk dicas sepenuhnya. Berikut merupakan sedikit tips dan nasihat bagaimana anda dapat mengecas iPhone anda dengan lebih pantas.


Matikan iPhone Anda

Jika anda mahu mengecas iPhone anda dalam masa yang singkat, anda dinasihatkan mematikan iPhone anda. Ini adalah untuk mengelakkan penggunaan kuasa ketika mengecas dan sekaligus dapat menjimatkan masa mengecas. Jika anda tidak mahu mematikan iPhone anda, cuba gunakan "airplane mood".

Gunakan Plug

Tahukah anda bahawa iPhone lebih cepat dicas menggunakan plug berbanding menggunakan USB? Pihak "Apple" sendiri mengakui bahawa untuk mengecas iPhone anda lebih cepat, sambungkan ia ke plug dinding bersama-sama dengan kabel yang didatangkan sekali bersama iPhone anda.



Pastikan Sentiasa "Cool"

Prestasi bateri akan berkurangan jika terdedah dengan suhu yang amat panas. Jadi anda dinasihatkan agar tidak meniggalkan iPhone anda di dalam kereta yang panas. Jika iPhone anda menjadi sangat panas ketika sedang dicas, cabut dan matikan sebentar iPhone anda supaya sejuk. Suhu yang sesuai untuk iPhone adalah sekitar 22 darjah celcius.

"Jaga Bateri Anda!"

Keadaan bateri yang elok amat memainkan peranan penting dalam soal pengecasan iPhone anda. Jika keadaan bateri anda tidak elok sudah semestinya iPhone anda memerlukan masa yang lama untuk dicas penuh. Tips untuk menjaga bateri anda :
  • Buat Cycle Charge (cas iPhone anda hingga 100% penuh dan gunakannya iPhone anda sehingga bateri betul-betul habis) sebulan sekali

Sumber - ohgeekz.com

1 comments:

Anda juga mungkin meminati