Rahsia Neelofa Untuk Kekal Menawan! | Hiburan AJ Network
Neelofa sempat berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani penggambaran episod pertama Nona di Lombok, Indonesia.
“Dalam setiap episod ada enam segmen dan saya mengendalikan segmen makan angin di Lombok.
“Saya rasa seronok kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Jika dulu, saya memberi tanggapan negatif dengan tempat ini memandangkan ramai wanita Malaysia yang dibawa lari oleh lelaki Indonesia ke sana.
“Tetapi apabila sampai ke sini, persepsi itu berubah dan saya rasa tempat ini menjadi popular kerana kecantikan tempatnya serta banyak lagi lokasi yang belum diterokai dan boleh dibangunkan seperti Bali.
“Saya ke Lombok ditemani orang lain termasuk panel yang mengendalikan kru Nona di sana. Alhamdullillah, ada yang memaklumkan mereka berpuas hati dengan hasil kerja saya.
“Apapun, saya tahu program ini sangat besar dan jika ada penonton yang tidak berpuas hati, saya tidak akan rasa kecewa kerana saya sudah memberikan yang terbaik dan saya, pengalaman akan mengajar seseorang itu untuk menjadi lebih baik,” ujarnya yang berada di Lombok selama empat hari bermula 28 November hingga 2 Disember tahun lalu.
Jelasnya lagi, dia tidak akan menyesal menerima tawaran pengacara Nona walaupun masih muda untuk mengendali program tersebut.
“Saya mengidam program seperti ini dan mahu menjadikan Nona sebagai batu loncatan untuk melonjak karier saya.
“Usia tidak semestinya menentukan seseorang itu lebih berbakat atau tidak kerana yang penting adalah ilmu pengetahuan.
“Lagipun, program ini mahu mensasarkan remaja perempuan yang mungkin sebelum ini menganggap Nona hanya sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin.
“Apabila saya banyak membaca dan bertanya kepada orang lain, secara tak langsung akan mematangkan diri saya,” ujarnya.
Kecantikan sebenar
Menyelami erti kecantikan sebenar buat si jelita ini, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.
“Walaupun orang kata saya menang Dewi Remaja sebab cantik, kadang-kadang saya rasanya tidak juga kerana kemenangan mungkin dinilai dari banyak segi.
“Paling penting, wanita itu perlu kerana jika tidak cerdik, bagaimana nak maju dalam industri ini,” katanya lagi.
Memiliki sepasang mata yang mampu mencairkan hati mana-mana lelaki, Neelofa berkata bahagian matanya jarang sekali disolek tebal.
“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.
“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.
“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,” ujarnya tentang tip kecantikan yang diamalkan untuk OopStarz! kali ini.
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit.
“Saya takut kulit gelap, jika kulit berjerawat masih ada banyak cara untuk atasi,” katanya.
sumber - celahgelegar
0 comments:
Post a Comment