Tuesday, 29 October 2013


Pasti ramai di antara kita yang suka tidur di waktu malam dengan keadaan lampu terbuka. Ada yang tidak selesa tidur dalam keadaan yang gelap dan mungkin ada juga yang berhati-hati kerana takut rumah mereka dipecah masuk.

Tapi mesti ramai yang tidak tahu sebenarnya tidur malam dengan lampu terbuka sebenarnya mendatangkan keburukan kepada kita terutamanya kepada kaum WANITA!

Antara Keburukannya Adalah :

  • Tidur dengan keadaan lampu menyala akan meransang pembentukan sel kanser
  • Tidur dengan keadaan lampu menyala menyebabkan pertubuhan hormon melatonin dalam tubuh anda menjadi lambat. Hormon Melatonin amat penting kerana ianya dapat mencegah pelbagai penyakit di dalam tubuh anda termasuk Kanser Payudara mahupun Kanser Prostat.
  • Tidur dengan keadaan lampu menyala akan menyebabkan otak anda terus bekerja dan tidak dapat berehat dikala anda tidur. Ini kerana otak bertindak balas terhadap cahaya ketika tidur.
Oleh itu AJ amat menyarankan agar anda semua memadamkan lampu bilik ketika anda ingin tidur di waktu malam untuk kebaikan diri anda sendiri. Jika anda terlampau takut tidur dalam keadaan gelap, bukalah lampu dinding atau lampu meja yang malap untuk memberi sedikit cahaya di dalam bilik anda.

- Sharing Is Caring - Caring Is Loving -

    2 comments:

    Anda juga mungkin meminati