Wednesday, 30 October 2013

Malang tidak berbau,begitu la nasib seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki yang dipercayai warga asing di kondominium miliknya yang terletak di Damansara Perdana, di sini beberapa hari yang lalu.

sekadar hiasan
Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30an.
Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa.

Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa.

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain.

“Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya.

Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan.

P/s: Berhati-hati ketika berjalan di tempat yang sunyi dan tiada banyak orang dan lihat disekeliling anda supaya tidak di ekori oleh sesiapa individu yang mencurigakan. Sediakan handphone ditangan dan dail sesiapa saja yang dikenali terdekat dengan anda jika sesuatu yang mencurigai berlaku. Malang tidak berbau. Perkara seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja

0 comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati