Tuesday 22 October 2013

Pada awal pagi 23 Oktober KST , SBS E! Entertainment Berita melaporkan bahawa Park Yoochun , ahli kumpulan JYJ , adalah dating pemain golf Ahn Shin Ae (empat tahun lebih muda ). Menurut laporan tersebut, mereka telah mula ber"dating" sejak beberapa bulan yang lalu.
Ianya bermula apabila seorang kenalan kedua-dua selebriti (dikenali sebagai "A")
, telah memberitahu pihak media yang sememangnya Memang Park Yoochun dan Ahn Shin Ae ber"dating" . Sikap bertimbang rasa Park Yoochun dan sikap Ahn Shin Ae yang suka berterus terang ini mencipta satu kepercayaan yang merupakan asas perhubungan mereka. "Kata "A" lagi, mereka berdua menghabiskan banyak masa bermain golf bersama-sama. Oleh kerana Ahn Shin Ae adalah pemain golf, Park Yoochun juga telah meminati bidang sukan golf ini.

SBS E! Berita Hiburan juga ada mengatakan bahawa ada seorang lagi kenalan (dinamakan sebagai "B"), yang mengatakan bahawa Park Yoochun kerapkali melawat kelab golf skrin ibu bapa Ahn Shin Ae. "B" juga menyatakan bahawa kedua-dua mereka telah bertemu dengan ibu bapa masing-masing.


Sebagai tindak balas kepada laporan ini , agensi Park Yoochun ini , C- Jes Entertaintment, menafikan kenyataan nahawa Park Yoochun dan Ahn Shin Ae berpasangan. Mereka berkata, "Park Yoochun mula melahirkan rasa minat dalam sukan golf sejak awal tahun ini dan telah terjumpa dengan Ahn Shin Ae apabila bertemu dengan rakan-rakan beliau yang lain ketika bermain golf". "Tetapi berita tentang mereka berpasangan itu sememangnya tidak bernar sama sekali!". "Mengenai dakwaan bahawa kedua-dua telah bertemu dengan ibu bapa masing-masing, wakil C- Jes berkata," Oleh kerana kelab golf skrin yang Park Yoochun selalu pergi dikendalikan oleh bapa Ahn Shin Ae sendiri. lantaran itu, beliau telah bertemu dengan ibu bapa Ahn Shin Ae.

Park Yoochun

C- Jes menambah, " Park Yoochun sedang bekerja keras untuk penggambaran filem beliau dan runsing dengan khabar angin buruk ini. " Park Yoochun sedang melakukan penggambaran filem " Sea Fog" , terbitan pengarah terkenal Bong Joon Ho


Ahn Shin Ae
Ahn Shin Ae ialah seorang pemain golf muda yang mewakili Korea Selatan di New Zealand dari 2004-2008. Beliau kembali ke Korea pada tahun 2009 dan sejak itu telah memulakan kerjaya dalam KLPGA .

6 comments:

  1. oooo tak tahulah ..sebab tak mengikut perkembangan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan kpopers tegar tahu lah benda2 mcm ni. haha

      Delete
  2. aku kpoper jugak...tp aku x tau and x restuuuu...

    ReplyDelete
  3. sbb minat drama korea , maka saya kenal pelakon nih ... peminat kat sana fanatik . klu betul pun terpaksa nafikan nak elak populariti jatuh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. mmg popular sgt eh kat korea? mmg patut la pihak dia nafikan benda ni.

      Delete

Anda juga mungkin meminati